Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka… .
· Akal boleh hilang disebabkan marah.
· Agama boleh hilang disebabkan dengki.
· Malu boleh hilang disebabkan tamak.
· Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
- Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
- Para ahli waris akan menarik hartanya.
- Ulat akan menarik tubuhnya.
- Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
· Memberi maaf pada waktu marah.
· Suka memberi pada waktu susah.
· Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
· Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
- Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
- Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
- Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
- Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
No comments:
Post a Comment