Masalah Sakit Kepala, Pening
& Hidung Berdarah
1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis
dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi
dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan
sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas
dalam masa 2-3 hari.
2. Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan
penyakit ini tidak akan berulang.
3. Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang
besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar
madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala
suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.
4. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni
( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal
dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa
segar serta ringan kepala.
No comments:
Post a Comment